Pihak WarisAlam telah mula menguruskan program Ibadah Aqiqah dan Korban di Kemboja sejak tahun 2011. Sejak dari tarikh itu, semakin ramai penyertaan dalam program ini dan semuanya terdiri dari rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan serba kekurangan masyarakat Melayu di bumi ini.
Di sini, masyarakat Melayu serba tidak mampu dan sudah pasti sumbangan dan bantuan dari rakyat Malaysia amat-amat disanjungi mereka. Hasil dari ibadah ini, mereka bolehlah mengadakan kenduri kendara dan merasakan masakan berlauk daging yang jarang-jarang sekali mereka nikmati.
Lebihan dari sumbangan Korban itu akan digunakan untuk pengurusan, kebajikan am dan juga membantu pembangunan pendidikan Umat Islam di negara-negara tersebut seperti memberi sumbangan kepada guru—guru agama, masjid, pelajar Islam, fakir miskin, sumbangan peralatan alat tulis dll.
Pihak WarisAlam juga menerima sumbangan berbentuk zakat, sedekah, fidyah, dll untuk disampaikan kepada Umat Islam di sana. Penyertaan umat Islam di Malaysia dalam program ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saudara muslim kita di sana.
Pihak kami berharap agar usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak dan dapat diwar-warkan pula kepada umat Islam yang lain. Semoga amalan kita diberkati Allah swt.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman ibadah aqiqah dan korban.